Sunday, April 20, 2008

Bagaimana untuk buat duit dari blog ?

Anda mempunyai blog dan mungkin ramai yang mengikuti perjalanan blog anda. Tetapi anda tidak membuat 1 sen pun dari pelawat-pelawat blog anda. Membuat duit dari internet sangatlah mudah jika anda tahu cara-caranya. Formula berikut akan mendatangkan hasil yang memberangsangkan.

Formula buat duit dari blog:

1. Hasilkan penulisan blog yang berkualiti.
Ini amat penting kerana untuk membuatkan pengunjung sentiasa datang kembali ke blog anda, anda mestilah menulis blog yang berkualiti. Contoh paling mudah ialah, jika anda seorang yang gemar melancong, huraikan dengan teliti dari segi tempat yang anda lawati, pengalaman sewaktu di sana, gunakan Google Map untuk tandakan lokasi kawasan yang anda lawati dan yang penting gambar-gambar sewaktu melawat kawasan tersebut.

2. Konsisten dalam penulisan
Jika anda membuat blog mengenai pelancongan ( travel), pastikan anda tetap dengan tema pelancongan. Jangan pula berubah di tengah jalan bercerita tentang alam perkahwinan pula.

1000 pelawat, 10,000 pageviews dan 100 klik
3. Jika formula 1 dan formula 2 anda berjaya turuti, formula seterusnya ialah menambahkan bilangan pelawat. Bilangan pelawat ke blog anda akan menentukan jumlah duit yang anda akan perolehi. Ambil contoh berikut

Jumlah unique visitor sehari : 1024 unique people
Jumlah pageviews yang dihasilkan : 10,000 pageviews
Kemungkinan pelawat klik banner iklan : 200 klik

200 klik di banner iklan itulah yang mendatangkan wang kepada anda. Mungkin 200 klik tersebut menghasilkan USD20 dalam masa sehari ? Sila lihat gambarajah di bawah :



Gambar di atas menunjukkan 100 klik di banner Adsense, blogger tersebut mendapat USD8 dalam sehari. Jika blogger tersebut dapat menambah bilangan pelawat, makan peratusan untuk pelawat klik banner adalah tinggi.

Formula yang perlu diingati:

1000 pelawat akan hasilkan 10,000 pagewaviews dan berkemugkinan akan klik sebanyak 100 kali

Jadi untuk menambahkan bilangan klik, anda perlu tambahkan jumlah pelawat. Bagaimana untuk tambah bilangan pelawat ?

Hasilkan blog yang berkualiti dan konsisten.

Saya akan membuat tutorial muda dengan menggunakan email Gmail, blog free dari Blogspot dan Google Adsense sebagai penjana wang anda.

Step 1 : Daftar email percuma Gmail.
Sila ke http://mail.google.com/mail/signup untuk mendaftar email percuma Gmail.

Step 2 : Daftar blog percuma blogspot.com
Sila ke http://www.blogger.com dan daftar blog percuma anda menggunakna id email Gmail anda. Perlu diingat di sini pengunaan subdomain adalah amat penting. Saya akan membuat blog menganai pelancongan di Sepang Gold Coast. Untuk domain , saya akan gunakan nama yang relevan iaitu http://sepang-goldcoast.blogspot.com

Lihat gambar di bawah:


Seterusnya,mari hasilkan posting pertama blog di Sepang Goldcoast. Saya akan upload 1 keping gambar mengenai sotong bakar dan publish. sekarang blog tersebut telah mempunyai isi kandungan. dnegan menggunakan kreativiti, anda boleh menambah baik posting anda senditi kerana posting di blog tersebut adalah contoh sahaja.

Daftar Adsense

Seterusnya kita akan daftar pula dengan Google Adsense. Sila ke http://google.com/adsense/ dan daftar menggunakan ID Gmail anda dan gunakan domain blogspot anda sebagai website. Kebiasaannya proses pendaftaran akan mengambil masa sehari. pastikan anda gunakan nama sebenar dan alamat sebenar untuk tujuan billing. Google Adsense akan menghantar check setiap bulan untuk tujuan pembayaran.

Sementara menunggu sehari berlalu, apa kata anda tambah kandungan blog anda dengan lebih banyak cerita.

................selepas sehari berlalu...........................

Login ke Google Adsense anda dan sepatutnya anda telah menerima confirmation dari pihak Google yang anda boleh menggunakan servis mereka. Kini anda boleh menggunakan perkhidmatan Google Adsense untuk jana wang anda.

Seterusnya, saya ingin menambah banner Adsense di http://sepang-goldcoast.blogspot.com

Sila ikuti tutorial gambar-rajah di bawah

Klik menu Layout di dalam Control Panel anda


Klik menu Add Elements dan pilih Adsense


Pilih jenis banner dan juga warna. Di sini saya gunakan Leaderboard dan warna Google Earth


Drag anda drop di mana and aingin banner tersebut dipaparkan, dan klik save




Buka http://sepang-goldcoast.blogspot.com dan banner Adsense akan wujud di dalam kotak yang saya tandakan dengan warna merah. Jika pelawat blog anda klik banner tersebut, anda akan dapat duit dari Adsense.

Dan selepas ini anda perlu rajin pula periksa income harian di Google Adsense -> Advance Reports, seperti gambar rajah di bawah :



Blog dah ada, isi dah ada, banner pun dah ada, tapi bagaimana nak tambahkan bilangan pelawat ?

1. Kenalah promote domain blog anda do forum-forum.Anda perlu join forum-forum yang mempunyai ramai visitor dan iklankan domain blog anda di signature forum. Katakan anda aktif di forum politik, dan anda suka buat topik panas, pastikan domain blog anda disertakan dalam signature sebab dari 100,000 pengunjung yang lihat signature anda, mungkin 10,000 akan klik ke Blog anda, dan dari 10,000 tersebut, 100 akan klik link. Hasilnya == duit.

2. Ada credit card ? Gunakan Google Adword, http://www.google.com/adword

3.Kumpul email seberapa banyak yang mungkin, sila rujuk http://kempen-internet.blogspot.com

4. Iklan blog anda di suratkhabar :)

5. Iklan guna SMS

6. Hantar link blog anda guna Yahoo Messenger,MSN, Google Talk